Hanya beberapa hari sebelum pelancaran global FIFA 23 pada 30 September, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpeluang merasainya lebih awal apabila menjadi antara yang terawal bermain permainan video itu.
Menerusi satu ciapan di Twitter, Tunku Ismail menggunakan salinan yang diberikan oleh GB Gamesbond dan Tunku rasa teruja dapat memainkannya.
Thank you @EAsoutheastAsia and @gb_gamesbond for the sponsored copy of FIFA23. Honoured to be among the first to try it out. Looking forward to more collaborations to come. #FIFA23 #EAsponsored #Gamesbond #JDT pic.twitter.com/djYw0jvqLn
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) September 26, 2022
Malah, Tunku juga menantikan lebih banyak kolaborasi. Ini mungkin berkaitan dengan penajaan dari JDT berkaitan atlet e-sukan Malaysia dan program lain bersama organisasi e-sukan.
Contohnya, baru-baru ini Akmal dan Luqman turut ditaja JDT untuk terbang ke Copenhagen, Denmark bagi menyertai satu kejohanan berprestij FIFA.
FIFA 23 akan dilancarkan pada 30 September ini dan pembeli edisi Ultimate boleh memainkannya lebih awal berbanding pengguna lain.