EA Play kini di Steam, bermula RM17 sebulan

EA Play atau dahulunya dikenali sebagai EA Access kini boleh didapati di Steam.

Servis itu sejak dulu lagi tersedia di platform seperti PlayStation, Xbox dan PC menerusi Origin tapi sekarang pengguna Steam ada peluang untuk mengakses program tersebut.

Langganan servis itu adalah RM17 sebulan atau pun RM99 setahun. Menerusi servis itu, pelanggan akan menerima diskaun dan akses untuk permainan EA yang lama serta akses untuk mencuba permainan baru. Antaranya, pelanggan dapat bermain The Sims 4, Titanfall 2, Dead Space 2 dan macam-macam lagi judul EA.

Bagi pelanggan, mereka akan menerima manfaat dari empat permainan akan datang iaitu Madden NFL 21, FIFA 21, Star Wars dan Rocket Arena.

Bagi peminat permainan-permainan EA, pastinya anda tak ingin terlepas peluang ini. Layari Steam sekarang untuk melanggan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+