Grouping FFWS Asia Tenggara – HomeBois, Expand dan Todak di kumpulan berasingan

Grouping ataupun kumpulan untuk Siri Dunia Free Fire (FFWS) Asia Tenggara sudah pun diumumkan oleh Garena.

Nampaknya tiga pasukan Malaysia iaitu HomeBois, Expand dan Todak akan berada dalam kumpulan berasingan iaitu A, B dan C.

Todak berada dalam kumpulan yang agak sengit di mana juara ESL Snapdragon Pro Series Challenge Series musim ketiga iaitu Buriram United akan bertanding dalam kumpulan sama.

Bagi juara FFWS Malaysia pula, Expand mengakui perlu beri perhatian kepada Indostar dan Team Flash kerana mereka lebih gemar hot drop dan 3rd party.

Nyata Malaysia berdepan laluan sukar namun mereka juga seperti sudah dilengkapi dengan pengalaman antarabangsa bagi mempersiapkan diri menghadapi liga ini.

FFWS SEA akan memulakan liganya pada 22 Mac hingga 12 April ini selama enam minggu dan top 12 akan mara ke Point Rush dan Grand Finals.

Lapan pasukan teratas di grand finals pula akan mendapat tiket jemputan ke Piala Dunia E-Sukan (EWC) di Riyadh, Saudi pada Julai ini.

FFWS SEA mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul AS$300,000 atau RM1.4 juta.

RELATED NEWS

+