Ini sebab-sebab kenapa korang perlu main FIFA 22, memang best!

Artikel ini ditaja oleh EA Sports.

FIFA adalah satu francais permainan video universal yang sememangnya menarik perhatian ramai pemain termasuklah yang tidak handal bermain bola sepak.

FIFA 22 adalah edisi terbaharu yang memperkenalkan gaya permainan realistik sesuai dengan keupayaan konsol generasi terkini sekali gus membuatkan pemain merasai pengalaman baru.

Apa yang seronoknya FIFA 22 yang dilancarkan pada 1 Oktober? Jom baca lebih lanjut di bawah:

Teknologi Hypermotion

Kelebihan FIFA 22 berbanding entri sebelumnya adalah platform pelancarannya yang khusus kepada konsol generasi kini seperti PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Ini membolehkan teknologi terkini iaitu Hypermotion diperkenalkan secara eksklusif.

Apa kelebihan Hypermotion? Pergerakan tampak realistik malah ciri ini diperhebatkan lagi jika dilihat daripada pergerakan pemain. Lebih 4,000 animasi akan ditambah ke dalam permainan video ini.

Sebagai contoh, penjaga gol mempunyai penambahbaikan dari segi keupayaan menepis bola dari sampai ke gawang menggunakan fingertip dan kaki sekaligus mencerminkan perlawanan bola sepak sebenar dengan lebih realistik.

Dalam situasi jarak dekat atau 1 on 1, penjaga gol lebih lincah dan pintar kerana keupayaan AI ditambah baik dalam entri kali ini. Oleh itu, lebih sukar untuk anda melepasi mereka namun hantaran jauh selalunya lebih efisyen.

Malah, bagi penjaga gol yang terkenal dan rating tinggi, animasi mereka turut memperlihatkan personaliti dan karakter mereka seperti di dunia sebear.

Dari segi gameplay, hantaran bola dan pengawalan pemain dirasakan lebih realistik seperti berada di padang bola sebenar.

Kesannya, FIFA 22 lebih perlahan sedikit gameplay berbanding entri lalu sekali gus memberikan pemain ruang dan peluang untuk belajar menjaringkan gol dengan lebih efektif. Taktik passing dan mengawal bola dengar sabar adalah kunci kemenangan di sini.

Volta ditambahbaik

Street Football antara ciri yang ditambah baik dalam entri kali ini.

Volta Football memberikan pemain keupayaan untuk meneroka permainan street football yang lebih bergaya. Sebagai contoh, beberapa fungsi baru ditambah seperti Volta Arcade.

Terdapat banyak mini-games boleh dimainkan dalam Arcade dan sudah semestinya lagi seronok dengan kehadiran rakan-rakan sehingga lapan orang. Contoh permainan ialah Dodgeball dan Foot Tennis.

Permainan ini akan memberikan Volta Coins dan XP jadi ia menggalakkan pemain bermain dengan lebih baik dan menikmati keseronokan bersama pemain lain.

Volta juga terasa lebih imersif dengan pengenalan skill meter yang menggalakkan pemain membuat pergerakan seperti hantaran dinding dengan lebih kerap.

Boleh dikatakan ia sesuai untuk pemain baru yang ingin belajar membuat hantaran dengan tepat dan penuh bergaya.

Seakan mempunyai superpower, ciri Signature Ability juga memberi akses kepada ability berkuasa apabila bar dipenuhkan. Sebagai contoh, Power Strike adalah keupayaan untuk menjaring gol dengan menjatuhkan pertahanan dan penjaga gol di laluan mereka.

Nakkan kelajuan? Guna Pure Pace. Aggressive Tackle pula sesuai untuk anda yang sukakan permainan agresif. Kesemua ini boleh dieskperimentasikan dengan lebih baik.

Career mode dan Ultimate Team

Bagi anda yang menantikan apa penambahbaikan pada kedua mod ini ataupun anda pemain baru yang mencuba FIFA 22, ia sebenarnya menyertakan beberapa ciri menarik.

Dalam career mode, anda boleh menikmati pengalaman bola padang yang sangat realistik di mana AI pemain dan kelab ditambahbaik.

Selain itu, Player Career dibina kembali dengan gaya permainan lebih kurang sama dengan The Journey dari edisi terdahulu. Anda boleh mengharapkan lebih banyak cutscenes dan tentunya sistem Player Growth baru.

Dari sudut menjadi seorang Pengurus (Manager), anda boleh menetapkan lebih banyak customizations pada jersi, logo dan stadium.

Dalam Ultimate Team, pemain akan dibahagikan kepada beberapa divisi tapi kali ini lebih mudah untuk climb jika anda menang lebih dari dua perlawanan berturut-turut.

Terdapat juga Divisi Elite yang membolehkan anda menarik nafas lega tanpa kerisauan turun ranking dalam permainan. Namun, untuk mencapai divisi ini bukanlah perjalanan mudah.

Bagaimana untuk melangkah ke FUT Champions final?

Pada mulanya FUT Champions tak lagi menjadi Weekend League kerana perlawanan dibahagikan sepanjang hari minggu.

Anda akan melalui beberapa pusingan yang boleh dimainkan pada bila-bila masa iaitu Division Rivals yang akan menentukan siapa layak ke playoffs.

Di peringkat ini, pemain akan mengumpulkan mata untuk layak ke final.

Secara keseluruhannya, FIFA 22 memperkenalkan teknologi baru yang boleh mengubah pengalaman bermain permainan video bola sepak. Ia lebih realistik dan mempunyai ciri-ciri baru yang menarik.

Jangan lupa dapatkan FIFA 22 sekarang di Steam dan pemain konsol boleh mendapatkannya di PlayStation Store, Microsoft dan Nintendo eShop.

RELATED NEWS

+