Kaki Gamers! Siap sedia untuk permainan tanpa had, syok tiada penghujung dengan CelcomDigi Fiber! Lagilah gempak kalau add on bundle gaming!

Tak kiralah korang ni gamer kasual, hardcore, streamer ataupun pemain profesional, apa yang korang perlukan sebenarnya adalah sambungan Internet pantas untuk memastikan sesi permainan tak terganggu dan bebas lag. Memang benda paling menjengkelkan adalah lagging. Betul tak?

Kini, CelcomDigi memperkenalkan Fibre-To-The-Room (FTTR) yang memberikan korang sehingga 1Gbps kelajuan Internet di segenap penjuru rumah! Korang boleh main Mobile Legends tanpa line merah, boleh main game multiplayer di PC dengan member tanpa gangguan dan stream di platform sosial dengan lancar! 

Menarik betul CelcomDigi FTTR ni. Ini yang korang perlu tahu!

Jom tonton video di bawah:

CelcomDigi FTTR adalah peranti pilihan bagi mereka yang inginkan Internet yang lebih lancar dan liputan menyeluruh sehingga 1Gbps, tanpa titik buta di setiap bilik dengan penggunaan kabel optik mikro yang inovatif. Lagipun, dah tak perlu menebuk lubang pada dinding rumah korang bagi menyembunyikan pendawaian fiber ke bilik lain. Dengan pemasangan kabel yang hampir tidak kelihatan, lepas ni ruang gaming anda pasti nampak lebih elegan. 

Terdapat tiga pelan Fibre-To-The-Room yang korang boleh cuba dengan CelcomDigi Fiber:

Kalau rumah korang tiga tingkat & ramai yang guna Internet pada masa yang sama, pakej ketiga, FTTR 1+3 sangat sesuai. Korang akan dapat satu unit FTTR Master dan tiga Slave unit. Harga pakej ini adalah RM2,280 dan caj pemasangan RM864. Tapi korang perlu bayar hanya RM95* sebulan untuk langganan 24 bulan. Sangat berbaloi kan?

Bagi rumah dua tingkat pula, pakej kedua lebih sesuai di mana korang akan dapat FTTR Master dan dua Slave unit. Harga pakej ini adalah RM1,800 dan caj pemasangan RM648. Tapi dengan CelcomDigi, korang perlu bayar RM75* saja sebulan untuk langganan 24 bulan.

Bagi pakej yang paling murah, cukup untuk gamer yang ingin merasai sambungan Internet ultrapantas. Korang akan dapat satu unit FTTR Master dan satu Slave unit. Untuk RM1,440 bagi unit FTTR dan RM480 bayaran pemasangan, pakej ini sesuai untuk dua bilik. Tapi, korang hanya bayar RM60 sebulan untuk langganan 24 bulan. Yang paling best, pemasangan untuk pakej 1+1 ni percuma sehingga 31 Mac!

Tak mahu bayar lump-sum? Tak pe, CelcomDigi juga menawarkan bayaran bulanan serendah RM60 selama 24 bulan dengan pembayaran menggunakan Boost installment ataupun installment menggunakan kad kredit Maybank atau CIMB.

Tunggu apa lagi, jom tengok bagaimana nak daftar. 

Jangan lupa, lagi jimat kalau korang gandingkan fiber anda dengan pelan pascabayar CelcomDigi Postpaid 5G, Celcom atau Digi Postpaid. Dapat rebat sehingga RM1,000 tahu! Nak install fiber pun tak susah, dalam 72 jam semuanya siap.

Selain kelajuan Internet dan gameplay yang lancar… korang boleh dapatkan peranti gaming yang mantap & berbaloi dengan CelcomDigi Fiber 300Mbps & ke atas!

CelcomDigi Fiber menawarkan pelbagai plan Internet pantas dari 300Mbps hingga 1Gbps, korang hanya perlu pilih pelan yang sesuai dengan keperluan isi rumah dan ahli keluarga korang. Sekarang ada promo lagi bila korang gandingkan pelan fiber dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G, Celcom atau pelan Digi Postpaid. Korang akan dapat sehingga enam bulan percuma untuk bil fibre, dengan hanya RM97 purata sebulan dalam masa 24 bulan.

Lagi syok dengan macam-macam peranti kediaman pintar! Jangan lepaskan peluang untuk add-on pelbagai tawaran peranti gaming seperti PS5™ Digital Edition – PS Plus Deluxe: Bundle Langganan 24 Bulan, ROG Ally dengan AMD Ryzen™ Z1 Processor, NVIDIA RTX 40 Series Advanced Gaming Rig dan ROG Rapture GT-AXE16000 untuk pengalaman Internet, gaming & hiburan yang lebih memukau dengan bayaran dari hanya RM2/hari. 


Foto: via rog.asus.com/my

Selain itu, korang juga boleh dapatkan ROG Rapture GT-AXE16000 Gaming Router terbaru ini dari hanya RM4/sehari. Alami sambungan yang lebih laju dengan WiFi 6E dan quad-band WiFi router boost serta kelajuan pemindahan data sehingga 10 kali ganda. Mantap kan?  

Ia juga hadir dengan triple-level game acceleration untuk melajukan trafik game korang. Router ini juga memberikan coverage lebih meluas dengan ASUS RangeBoost Plus!

Lebih menarik, korang pun boleh jimat sebanyak RM548 untuk router ni dengan CelcomDigi Fiber tahu!

——————————–

Pengalaman gaming yang lancar dan seronok, bebas lag sememangnya penting untuk setiap gamers. Dengan CelcomDigi Fibre-To-The-Room, korang boleh menikmati Internet ultra-pantas dan tanpa had di setiap penjuru rumah.

Jom sertai CelcomDigi 5G Experience dan terokai  sambungan 5G, fiber dan penyelesaian khas yang direka untuk perniagaan anda  di The Raintree Plaza,TRX dari 23 Februari hingga 25 Februari.

Psst, ada banyak hadiah menarik untuk dimenangi. Woah!

Jadi, buat pilihan korang sekarang! CelcomDigi Fiber mempunyai pelan untuk semua dengan pengalaman dan penjimatan terbaik. Jika minat, korang boleh kunjungi mana-mana cawangan Celcom bluecube atau Digi Store ataupun layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut.

RELATED NEWS

+