Selangor XTIV Esports Skill – Membawa aspek positif e-sukan, pertandingan dan Robotic Skill

Selangor XTIV adalah program yang diperkenalkan kepada para pelajar mengenai aspek positif dalam e-sukan.

Program ini juga dapat memberi persefahaman kaitan di antara akademik dan e-sukan melalui pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PUBG Mobile.

Tiga acara utama yang akan dijalankan iaitu sesi perkongsian dan aktiviti mengenai kerjaya e-sukan, pameran dan zon pengalaman dan juga Kejohanan Selangor XTIV E-sukan MLBB dan PUBG Mobile.

Minggu pertama akan diadakan di Tapak Parkir Econsave, Sungai Buloh, Selangor pada 15 dan 16 Julai ini.

Program ini dianjurkan oleh EXCO Generasi Muda, Sukan & Modal Insan Selangor dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor, Esports Robotic Association dan MyGameOn.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, YB Mohd Khairuddin Othman juga akan merasmikan acara itu pada hari Sabtu ini.

Selain itu, anda juga boleh belajar melalui program dan karier permainan video di Malaysia di mana anda akan belajar mengenai persepsi dan cabaran e-sukan di Malaysia yang dikatakan aktiviti tidak berfaedah dan tiada masa depan.

Empat tetamu undangan juga dijemput iaitu Adrian Lai (Ketua Saluran Permainan Video), Hazril (Editor MyGameOn), Haikal (Pembangunan E-sukan) dan Sir Cloud (Penganalisis, Shoutcaster E-sukan dan Pencipta Kandungan).

Zon pameran juga akan ada dengan Virtual Reality (VR) Adventures, Simulasi Perlumbaan, PlayStation 5 dan macam-macam lagi korang boleh cuba secara peruma!

Kejohanan E-sukan XTIV MLBB dan PUBG Mobile juga akan diadakan dengan anjuran EXCO Selangor dengan jumlah wang terkumpul RM10,000!

Jom daftar kat sini: LINK PENDAFTARAN Siaran langsung akan diadakan di laman sosial rasmi MyGameOn.

Program Selangor XTIV Robotic Skill 2023 juga akan dibuat dibawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Ia dianjurkan bagi memberi pendendahan kepada STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) dalam kemahiran pemasangan robot dan coding.

Tambahan lagi, program ini mempunyai objektif untuk merangsang remaja menyelesaikan masalah melalui pemikiran kreatif dan secara logik.

Seramai 50 pelajar bersama ibubapa akan diberikan set sekolah Robotis Dream II. Pelajar akan diberikan tugasan untuk memasang robot dalam masa yang ditetapkan dan seterusnya akan menguji robot yang dibina di atas trek yang disediakan.

Jangan lupa sertai program Selangor XTIV Esports Skill 2023 yang akan diadakan di tapak parkir Econsave Paya Jaras, Sungai Buloh mulai 15 Julai ini.

RELATED NEWS

+