Rumusan hari kedua playoffs ESL One Kuala Lumpur 2023, Gaimin Gladiators ke grand final

Hari kelima playoffs ESL One Kuala Lumpur 2023 Dota 2 menyaksikan perlawanan pembukaan G2.iG lawan BetBoom Team.

Tiga pemain yang bermain untuk G2.IG iaitu NothingToSay, JT- dan xNova tidak menyelamatkan pasukan mereka dari tersingkir apabila tewas 0-2 lawan BetBoom. Tiada lagi pemain kelahiran Malaysia meneruskan perjuangan di kejohanan ini.

Di pusingan upper bracket final pula, Gaimin Gladiators sekali lagi menunjukkan dominasi mereka apabila berjaya menempah slot ke grand final. Mereka menggunakan lineup seperti Weaver dan Slardar mid yang berjaya menghalang Azure Ray dari memanfaatkan farming dari pick Medusa.

Rentak itu diteruskan di perlawanan kedua dengan corak permainan lebih kemas dan seterusnya membawa mereka ke grand final.

Selain itu, terdapat beberapa cosplayer yang menunjukkan bakat mereka menggayakan kostum sebagai karakter Dota 2. Ada juga yang terlebih kreatif seperti cosplayer Weaver menggunakan papan peluncur untuk bergerak (Weaver adalah karakter berkaki empat seperti serangga).

Di perlawanan terakhir hari ini, Team Liquid berjaya menunjukkan mereka adalah ‘king of lower bracket’ apabila meneruskan rentak ke lower bracket final. Setakat ini, mereka sudah menewaskan Team Secret 2-0, Team Falcons 2-1, BetBoom, 2-0 dan bakal bertemu Azure Ray pula esok pada jam 12 tengah hari.

Foto: Adam Lakomy, ESL One KL

ESL One Kuala Lumpur 2023 mengumpulkan 12 pasukan terbaik Dota 2 berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$ 1 juta.

Playoffs diadakan selama tiga hari dan bermula Jumaat, ia dibuka kepada umum yang menghadiri MITEC, Kuala Lumpur hingga Ahad untuk menyaksikan secara langsung.

Pada semalam, pasukan-pasukan ini bermain di bawah patch baharu 7.35 dan mereka menunjukkan siapa yang paling hebat beradaptasi dengan meta baharu dalam masa begitu singkat.

RELATED NEWS

+