MAG Rebels juara MEC 23/24 kategori Dota 2

Pasukan MAG Rebels berjaya mencipta kejutan dengan memenangi kejohanan Malaysia Esports Championship (MEC 23/24) bagi kategori Dota 2 selepas menewaskan MAG Empire 3-1.

Pada mulanya, mereka mendahului di game pertama dengan pemilihan hero seperti Lina (hero yang bergantung kepada attack speed dan damage dari pasif) serta Magnus yang mempunyai ultimate sangat berkuasa, Reverse Polarity. Ulti Magnus berjaya membuatkan pemain MAG.Empire tidak dapat memberikan respons.

Di game kedua, MAG Empire berjaya comeback semula dengan hero kombo seperti Puck dan Enigma yang mempunyai ultimate mengunci pergerakan dan tindakan pemain MAG Rebels. Mereka juga mempunyai Lina yang mempunyai damage output sangat tinggi.

Di game ketiga, MAG Rebels sekali lagi menunjukkan mereka pasukan lebih baik dengan bertahan sehingga late game, menunggu Luna untuk mendapatkan item-item yang diperlukan. Selain itu, penggunaan Storm Spirit pada minit akhir yang berjaya menarik dua hero support juga sangat membantu Rebels menafikan pertahanan dari Empire.

Di perlawanan terakhir, MAG Rebels berjaya menunjukkan mereka adalah pasukan lebih baik dengan lineup seperti Keeper of the Light, Magnus dan Faceless Void. Kombinasi ultimate RP dan juga Chronosphere membuatkan pemain Empire perlu sentiasa berhati-hati dan tidak berupaya membuat setup yang cantik.

Dengan kemenangan ini. MAG Rebels berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 sebagai juara diikuti dengan RM15,000 dimenangi MAG Empire di tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

RELATED NEWS

+