Kolaborasi PUBG MOBILE x Pinkfong Baby Shark – PUBG, doo doo doo

PUBG Mobile sekali lagi membuat kolaborasi terbaru tetapi kali ini dengan Pinkfong Baby Shark.

Betul anda tidak tersilap baca, ini adalah kolaborasi rasmi di antara dua ikon besar ini.

Acara komuniti juga dibuat untuk semua peminat dan pemain PUBG Mobile.

Pinkfong Baby Shark adalah fenomena yang dibawa oleh syarikat SmartStuday yang begitu popular selepas dilancarkan di laman Youtube Pinkfong pada November 2015 sehingga mendapat gelaran antara video paling banyak dilihat di Youtube sebanyak 9.4 billion kali.

Anda boleh mendapatkan barang-barang bertemakan Baby Shark di dalam PUBG Mobile kali ini.

PUBG Mobile Pinkfong Baby Shark collaboration

Pemain boleh mendapatkan Baby Shark Parachute, Baby Shark Set, Baby Shark Graffiti dan Baby Shark Pan dengan menyertai acara ini di dalam PUBG Mobile.

Jangan lupa bawa emote Baby Shark dan terus menari di Erangel.

RELATED NEWS

+