Grand Final Predator League 2024 akan diadakan di Filipina

Pusingan akhir Kejohanan Predator League 2024 akan diadakan di Manila, Filipina.

Pengurus Besar Acer Filipina, Sue Ong Lim mengumumkan berita itu ketika ditanya pengamal media berkenaan lokasi seterusnya bagi kejohanan ini.

“Kami berbesar hati menganjurkan grand final kejohanan ini di Manila Filipina. Ia akan menjadi satu acara ditunggu-tunggu peminat permainan video di negara ini.

“Buat masa ini, SM Mall of Asia Arena dalam pertimbangan untuk lokasi seterusnya,” katanya ketika berucap di Link Forest, Tokyo, Jepun hari ini.

Sebelum ini, Filipina dipilih sebagai lokasi pada 2020 namun dibatalkan kerana pandemik yang melanda.

Kejohanan ini tidak diadakan pada tahun hadapan kerana edisi 2022 dianjakkan ke November dan edisi 2024 akan diadakan sekitar Januari hingga Februari.

Hari ini hingga Ahad, empat pasukan Malaysia bertanding iaitu Team SMG dan ChubbyBoiz bagi kategori Dota 2 dan VR Universals 4Rivals dan SGDV2 bagi kategori PUBG.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul AS$400,000 (RM1.8 juta).

Anda boleh menonton siaran langsung di Facebook Predator Gaming MY.

RELATED NEWS

+