Tencent kini membangunkan Palworld versi mereka yang tersendiri

Kejayaan Palworld membuktikan ramai mahukan permainan video menangkap raksasa dengan elemen survival.

Tencent dilaporkan sedang membangunkan dua permainan video mudah alih dengan ‘gaya’ Palworld.

Menurut Bloomberg, permainan ini akan dibangunkan oleh TiMi dan Lightspeed studios.

TiMi Studio juga dikenali ramai sebagai pembangun beberapa permainan mudah alih yang terkenal iaitu Honor of Kings, Arena of Valor dan Pokemon Unite.

Manakala Lightspeed adalah studio yang sama-sama membangunkan PUBG Mobile bersama Krafton.

Gamers flock to Palworld's 'Pokémon with guns' despite copyright qualms |  TechCrunch

Permainan yang akan dikeluarkan ini akan kelihatan seakan-akan Palworld siap dengan teman haiwan peliharaan dan juga cara bermain seperti Palworld yang tiada belas kasihan.

Kejayaan Palworld juga adalah diluar jangkaan dengan lebih sejuta pemain sudah membeli Palworld dalam sejam pertama dan lebih lapan juta unit terjual dalam masa enam hari sahaja.

Pencapaian ini sudah pasti menarik perhatian pengeluar permainan video besar seperti Tencent.

RELATED NEWS

+