Kejohanan Moonton Student Leader (MSL) kembali, peluang rebut slot ke MAL

Kejohanan Moonton Student Leader (MSL) musim kedua kini kembali pada 17 Februari dan 18 Februari ini di Sunway Pyramid.

Dianjurkan oleh Moonton Student Leader, acara ini akan membawakan lapan pasukan universiti dalam perlawanan merebut hadiah wang tunai terkumpul RM30,000.

Pasukan jemputan adalah:

– NA MIIT X UITM DENGKIL – Universiti Teknologi MARA Kampus Dengkil 
– UPM X PRIAIDAMAN – Universiti Putra Malaysia
– KARRIE BUENO – Universiti Sains Malaysia
– GEAR 5 – Universiti Teknikal Melaka

Pasukan kelayakan:

– MSU X KAYAI – Management and Science University Shah Alam
– UKM X AERO – Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi
– UITM PENYU – Universiti Teknologi Mara Dungun
– UITM DYNEGY – Universiti Teknologi Mara Shah Alam

Pasukan yang menang juga berpeluang merebut slot untuk ke Liga Akademi MLBB Malaysia (MAL) musim pertama. Peserta bagi musim kedua MSL ini juga berpeluang memenangi 150,000 Diamonds.

“Kami teruja melancarkan musim kedua MSL bagi menonjolkan bakat-bakat hebat. Dengan lokasi kejohanan lebih besar berbanding musim lalu, kami bersedia mengalu-alukan penyertaan pemain dan penonton menyaksikan kejohanan ini,” kata Arif Shahir Mohd Asri, Pengurus Serantau Moonton (MY/SG/MM).

Kejohanan ini mendapat sokongan Gamers Gazette MY, Susano.MY dan Sunway Pyramid.

RELATED NEWS

+