Grand Final Predator League Asia Pasifik 2024 penuh kejutan dan hiburan

Acer sekali lagi membawakan kejohanan e-sukan yang penuh aksi dengan penganjuran Predator League 2024 Asia Pasifik Grand Finals di SM Mall of Asia Arena di Manila, Filipina bermula semalam ke hari ini.

Ramai peminat yang hadir apabila sebanyak 6,000 tiket di bahagian VIP terjual dalam masa 48 jam selepas penjualan diadakan.

Mereka membawakan persembahan pembukaan dari artis popular Filipina seperti Urbandub, Al James, Ylona Garcia, UPeepz, dan Felip. Pada hari kedua pula, KZ Tandingan, Sandwich, Franco, Spongecola, Manila Symphony Orchestra, Daloy Dance Company, Josh Cullen dan Pablo membuat persembahan. 

Sebanyak 26 pasukan Dota 2 dan VALORANT dari rantau Asia Pasifik mengambil bahagian untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$200,000 dan menjulang Predator Shield.

“Predator League Asia Pasifik membantu menghubungkan Acer dengan semua jenis pemain di rantau ini,” kata Presiden Operasi Acer Asia Pasifik, Andrew Hou.

“Grand Final tahun ini tak seperti edisi lain kerana ia meraikan semangat kompetitif dan membawakan elemen muzik dan hiburan untuk bersama-sama dengan komuniti e-sukan yang meningkat naik,” katanya lagi.

Mereka juga mengumumkan edisi keenam (Predator League Asia Pasifik 2025) akan dianjurkan di Malaysia.

RELATED NEWS

+