FC Barcelona kini rasmi menyertai arena e-sukan VALORANT

FC Barcelona kini secara rasmi menyertai e-sukan VALORANT, bermula dengan penyertaan mereka bagi liga Sepanyol, VALORANT Challengers Rising bagi tahun 2024.

“Dengan penyertaan FC Barcelona dalam pertandingan VALORANT iaitu LVP (Rising), kami tambah sebuah pasukan baharu yang akan mewakili kelab pada tahun depan. Kelab ini akan terus komited dalam e-sukan dengan menyertai pertandingan VALORANT seiring dengan pasukan yang bertanding dalam League of Legends untuk meneroka lebih banyak peluang baharu dan mempelbagaikan demografik,” kata Naib Presiden FC Barcelona, Juli Guiu.

Menurut  laporan VALO2Asia, FC Barcelona bukanlah nama asing dalam ekosistem Riot Games kerana mempunyai kemunculan dalam liga League of Legends yang dinamakan Spanish SuperLiga, satu platform secara terus ke EMEA Masters. Mereka juga sudah lama terbabit dalam e-sukan eFootball (PES) dan sebelum ini mengendalikan roster Rocket League selama tiga tahun iaitu dari 2019 ke 2022.

Buat masa ini masih belum ada maklumat jika FC Barcelona akan mengambil alih pasukan sedia ada atau mencari bakat baharu bagi membentuk skuad VALORANT ini.

Sumber: VALO2Asia

RELATED NEWS

+