Banyak pihak berminat dapatkan slot Team Haq di MPL

Pengasas Team Haq, Aiman Haq memuat naik satu hantaran di IG Story mengatakan banyak pihak yang berminat mendapatkan slot MPL Team Haq yang akan dilepaskan musim depan.

Ini termasuklah dari golongan streamer yang menaruh minat. Menurut Aiman, semua masih lagi dalam perbincangan.

Apa pun kita nantikan apakah keputusan seterusnya buat Team Haq.

Sebelum ini, Team Haq dilaporkan akan melepaskan slot MPL mereka kerana berdepan masalah kewangan.

Foto: Suara TV

TAGS

RELATED NEWS

+