MPL MY S13 akan membuka tirai pada 29 Mac ini, perebutan slot ke MSC 2024

Bertempat di Stadium MBSJ Serdang Jaya, Selangor, peminat bakal menyaksikan permulaan bagi liga e-sukan terpanjang di Malaysia iaitu MPL MY musim ke-13.

Yang menariknya kali ini, MPL MY S13 akan menjadi medan pertarungan untuk 10 pasukan bertarung merebut slot tunggal ke Riyadh, Saudi bagi kejohanan Mid-Season Cup (MSC 2024) yang bakal dianjurkan serentak dengan Piala Dunia E-Sukan (EWC).

Kejohanan itu mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul AS$3 juta (RM14 juta). Malaysia bagaimanapun mempunyai slot second chance atau Wild Card yang mana naib juara MPL MY S13 akan mendapat slot bertarung di Wild Card, sama seperti di M5 sebelum ini.

Hanya satu pemenang Wild Card akan ke MSC 2024.

Antara pesaing yang terdapat di pusingan Wild Card adalah China, Turkiye dan pasukan dari LATAM.

MPL MY S13 juga menyaksikan 10 pasukan terkenal iaitu:

  • Todak
  • Barracuda
  • Team Haq
  • RSG MY
  • Niners
  • King Empire
  • Red Giants
  • HomeBois
  • Bountee Esports (dari kelayakan)
  • Monster Vicious (dari kelayakan)

Ia akan berlangsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 29 Mac ini. Kemasukan ke Stadium MPSJ adalah percuma.

Jadual minggu pertama musim liga adalah seperti di bawah:

MPL MY S13 mengumpulkan hadiah wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM468,000).

RELATED NEWS

+