Team Haq akan lepaskan slot MPL kerana masalah kewangan

Team Haq dikhabarkan akan melepaskan slot MPL MY (musim ke-13) disebabkan masalah kewangan.

Pengasasnya, Aiman Haq ketika dihubungi MyGameOn berkata, keputusan itu bukan mudah namun terpaksa dilakukan kerana mereka status kewangan organisasi itu yang kurang stabil.

“Kami tak mahu ada tunggakan gaji buat pemain di masa depan.

“Kalau dapat ‘jual’ slot pun, Team Haq masih akan beroperasi dan takkan bubar. Tapi kami akan fokus kepada e-sukan di peringkat akar umbi pula selepas ini,” katanya.

Aiman sebelum ini menulis LFB (looking for buyer) di IG Story miliknya semalam sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli komuniti MLBB.

Team Haq sebelum ini berjaya mendapat top 8 di musim liga MPL sekali gus slot mereka terjamin di musim seterusnya. Namun, siapakah akan menjadi pemilik baru slot ini masih lagi menjadi tanda tanya.

TAGS

RELATED NEWS

+