Satu lagi kemenangan berjaya diraih pasukan Dota 2, Team Falcons iaitu kejohanan DreamLeague Season 22 yang baru saja tamat semalam.
Dalam kejohanan dalam talian itu, Falcons berjaya menewaskan BetBoom dengan skor 3-0 sekali gus meneruskan dominasi mereka selepas kemenangan di Dubai, Saudi sebelum ini.
Atas kemenangan itu, Falcons berjaya bawa pulang RM1.4 juta (AS$300,000).
Pasukan China, Xtreme Gaming hanya berpuas hati di tempat ketiga manakala bekas juara TI, Team Spirit pula di tempat keempat.
Kejohanan Dota 2 berprestij yang seterusnya bakal menjadi tumpuan adalah ESL One Birmingham 2024, April ini.
A huge congratulations to our #DreamLeague Season 22 Champions, @FalconsEsport! 👏
The MENA team put on an incredible performance and thoroughly deserve 1st place! They’ll return home with $300,000 and 4,200 EPT Points. #RoadToRiyadh pic.twitter.com/oTk7oCCgrl
— ESL Dota2 (@ESLDota2) March 10, 2024
Tahniah diucapkan buat mereka!