Sebab Timing Monster Gaming kena ban, Team SMG layak ke VCT Masters 1

Pasukan Team SMG yang dianggotai oleh kesemua pemain Singapura layak ke kejohanan VALORANT Champions Tour (VCT) Masters 1 peringkat Asia Tenggara selepas pasukan Timing Monster Gaming (TMG) dikenakan ban.

Dalam satu kenyataan mengatakan perlakuan tersebut melanggar peraturan anti-cheat yang dikuatkuasakan.

Sebagai tempat kedua VCT Challengers Malaysia/Singapura, Team SMG mendapat slot ke Masters 1.

Team SMG VALORANT diwakili oleh Muhammad Musharraf Mohtar (ZesBeeW) sebagai kapten, Alex Cheang Wee Keong (falfalfal), Lee Jun Hao Xavier (LEXY),  Joshua Damien Fok (JdFaker) danJavier Chua (Egoist) manakala pengurus adalah Hoc Wah Chong (Fayde) dari Malaysia.

Kejohanan ini mengumpulkan lapan pasukan terbaik Asia Tenggara bagi merebut hadiah terkumpul AS$50,000 (RM205,970).

Ia akan berlangsung pada 19 Mac ini hingga 21 Mac.

RELATED NEWS

+