Riot Games umumkan kejohanan global VALORANT Champions Tour 2021

Permainan first-person shooter (FPS) VALORANT baru sahaja dilancarkan pada bulan Jun lepas tetapi ia kini telah menjadi salah satu permainan dalam talian paling popular di PC. Riot Games telah mengumumkan sebuah kejohanan global untuk permainan tersebut yang akan bermula pada tuhan depan dan ia diberi nama VALORANT Champions Tour 2021 (VCT 2021).

Struktur kejohanan ini dipecahkan kepada tiga peringkat berbeza iaitu VALORANT Challengers untuk kejohanan dalam wilayah, VALORANT Masters untuk kejohanan antara wilayah, dan akhir sekali, VALORANT Champions untuk kejohanan antarabangsa yang akan menonjolkan pasukan-pasukan VALORANT terbaik di dunia.

VCT 2021 akan berlansung sepanjang tahun depan bermula dengan VALORANT Challengers pertama pada penghujung Januari 2021. Apabila berakhirnya sebuah kejohanan VALORANT Challengers, Valorant Masters akan menyusul untuk mencari pasukan yang akan melayakkan diri ke peringkat terakhir iaitu VALORANT Champions yang akan berlangsung pada penghujung tahun 2021.

Pasukan-pasukan yang gagal melayakkan diri ke VALORANT Champions melalui kemenangan di VALORANT Masters tetap mempunyai peluang untuk menyertai VALORANT Champions dalam Last Chance Qualifiers (LCQ). Perlawanan-perlawanan LCQ akan diadakan selepas tamatnya Valorant Masters terakhir.

Berikut adalah beberapa gambar rajah yang disediakan oleh Riot Games untuk menerangkan struktur dan format VCT 2021:

Untuk maklumat lanjut mengenai VCT 2021, anda boleh melayari laman web rasmi VALORANT.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+