Riot Games mohon maaf atas video trailer League of Legends 2023 yang mengecewakan

Tahun baru sudah datang dan semestinya musim baru League of Legends bakal bermula.

League of Legends sangat terkenal dengan video-video sinematik mereka.

Namun, video kali ini sangat membosankan sehingga ramai mengecam keputusan Riot Games.

Sejak 2018, Riot sentiasa mengeluarkan beberapa video sinematik yang sangat epik dan menjadi antara video paling ditunggu-tunggu.

Video tersebut hanya menunjukkan Summoner’s Rift dan hanya suara penceritaan selama 2 minit.

Komen-komen netizen di laman komen video Youtube ini juga penuh dari yang mencuit hati sehingga kekecewaan.

“Saya tidak menyangka saya akan membenci sinematik dari League.”

“Ini adalah trailer League of Legends Summoner’s Rift versi Unreal Engine 5.”

Ramai juga netizen lain mengatakan mereka dapat melihat champion-champion yang wujud di dalam trailer tersebut walaupun sebenarnya tidak ada.

Ada juga yang mengatakan Riot Game hanya mengambil tahu tentang FPS popular mereka VALORANT sahaja.

Akibat kecaman yang ada, Riot Games sendiri mengeluarkan kenyataan dan justifikasi untuk trailer sebegitu.

Riot Game mengatakan tahun ini mereka terpaksa menggunakan pendekatan berbeza untuk video Season 2023.

“Kami sedar akan maklum bala anda dan kami mengakui Bring of Infinity nampaknya telah lari daripada video penuh aksi dan champion yang anda sangka dan hal ini menyebabkan banyak spekulasi terhadap League of Legends.”

Kenyataan ini mempunyai berbilang reaksi daripada orang ramai.

Ada yang menerima dan ada yang kecewa.

RELATED NEWS

+