Review: Samsung Galaxy Note 10+ Telefon Pintar Khas Untuk Pereka Kreatif

Samsung baru-baru melancarkan siri Galaxy Note iaitu Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+ sekaligus. Kedua-duanya mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain. Sebagai contoh, Galaxy Note 10 adalah lebih kecil dan berpatutan berbanding Galaxy Note 10+ manakala Galaxy Note 10+ adalah versi telefon lebih mahal yang digempar-gempurkan sebagai Galaxy Note yang anda patut dapatkan.

Ada beberapa ciri yang sangat konsisten dengan siri ini, seperti kamera dan skrin AMOLED, dan penulis tidak akan mengulas mengenainya. Namun, adakah Galaxy Note 10+ merupakan telefon pintar Android berkuasa seperti yang anda idamkan? Dengan harga penjualan dari RM 3,799, jawapannya adalah ya!

Ayuh kita baca review Samsung Galaxy Note 10+!

Rekaan memukau dan berkilau

Dari jauh, Galaxy Note 10+ akan menarik perhatian korang dengan kemasan berkilau yang didatangkan dengan empat warna, Aura Glow, Aura Black, Aura Blue dan Aura White. Kami mendapat versi Aura Glow dan ia ternyata memberikan aura yang bersinar-sinar. 

Bila korang palingkan Galaxy Note 10+ ke hadapan, korang akan lihat rekaan skrin melengkung meliputi sisi kiri dan kanan telefon sebesar 6.8 inci. Skrin AMOLED ini mempersembahkan visual HDR dan juga HDR 10+ yang memukau dengan resolusi skrin 1440 x 3040. Dengan paparan sebegini, ia boleh memaparkan perincian warna yang lebih tinggi dan terang serta bersesuaian dengan penggunaan S Pen untuk melakar sesuatu indah.

Prestasi perisian & S Pen

Apa yang menarik tentang Galaxy Note adalah S Pen iaitu pen yang membolehkan pengguna untuk mengambil nota dan melukis apa-apa korang suka di mana-mana sahaja korang suka sama ada menggunakan Samsung Note atau terus lukis di skrin kunci. Malah, telefon ini juga boleh menukarkan tulisan korang kepada teks sebenar.

S Pen juga mengeluarkan sedikit tenaga Bluetooth yang mana korang boleh gunakan pergerakan Air Gestures sejauh 10 meter untuk menangkap gambar dengan satu butang, hayunkan S Pen ke kiri atau kanan untuk kamera depan atau belakang dan macam-macam lagi menurut aplikasi telefon. S Pen ini juga memberikan pengalaman melukis seronok kerana ia sangat responsif kepada tekanan dikeluarkan oleh sentuhan pengguna untuk setiap garisan dan menghasilkan karya yang diingini seperti ditonjolkan di atas.

Galaxy Note 10+ menggunakan OS Android 9 (Pie) dengan antaramuka Samsung One UI dituju khas untuk penggunaan semudah satu tangan. Ini sesuai untuk skrin besar yang menarik antaramuka penting seperti papan kekunci SMS ke tengah dan butang arahan muncul di bahagian bawah skrin.

Salah satu ciri baru diperkenalkan untuk Galaxy Note 10+ adalah Samsung DeX. Untuk menggunakan Samsung DeX, korang cuma cucuk kabel USB-C kepada laptop/komputer korang dan ia berfungsi sebagai skrin kedua Galaxy Note 10+! Korang boleh main permainan disokong Samsung DeX seperti Asphalt 9 atau Black Desert Mobile dan menarik gambar dari telefon ke skrin laptop korang.

Kesimpulannya, walaupun ia nampak gempak, banyak lagi perlu dibaiki untuk Samsung DeX kerana permainan Asphalt 9 atau permainan sidescroller Alto’s Odyssey mengalami masalah lembap (lag) dan hanya sokong 30 kadar kerangka (FPS) berbanding 60 FPS. Aplikasi juga hanya boleh digunakan untuk salah satu tempat sahaja dan tidak boleh digunakan serentak. Sebagai contoh, kalau korang buka galeri gambar di laptop, ia tidak boleh digunakan di telefon dan aplikasi itu terpaksa mula semula (restart) kalau mahu digunakan.

Tapi penulis menggalakkan korang untuk pergi test sendiri, manatau berkenan. Untuk maklumat lanjut, boleh lah singgah di Samsung Malaysia.

 

 

RELATED NEWS

+