Rekod-rekod paling memalukan dalam sejarah e-sukan

Banyak sebenarnya rekod dalam sejarah e-sukan.

Tetapi tidak semuanya mengagumkan kerana ada juga berlaku rekod yang memalukan.

Jom tengok 4 rekod-rekod paling memalukan dalam sejarah E-sukan:

1. Kalah walaupun perbezaan Gold paling besar dalam sejarah profesional Dota 2

Pasukan Elephant Dota 2 berjaya memecahkan rekod dengan perbezaan gold paling besar dalam sejarah profesional Dota 2.

Namun apakan daya, mereka kalah kerana throw dan kesilapan yang sepatutnya tidak patut dibuat dan kalah kepada Ehome.

Perbezaan gold itu adalah 154 ribu gold ke hadapan.

Dengan perbezaan itu agak mustahil untuk anda kalah namun tidak untuk Elephant.

2. Anugerah Maelk (Dota 2)

Maelk terkenal di dalam Dota 2 dengan KDA 0:20 tetapi paling mengejutkan pasukannya masih berjaya memenangi perlawanan itu.

Bukan senang untuk menjadi feeder paling teruk dalam pasukan tetapi anda menang.

Perlawanan ini berlaku di antara EG dan Mousesports.

Maelk diuji apabila Mouse hanya menyusahkan hidup Maelk sahaja.

Maelk menjadi position 4 Venomancer dan hanya ada satu kerja.

Push dan push itu sahaja kerja Maelk. Mereka sepatutnya kalah tetapi tidak.

Sejak itu sesiapa yang dalam satu permainan tanpa kill dan mati 20 kali tetapi masih menang layak mendapat anugerah Maelk.

3. Perlawanan paling pantas dalam CS:GO

Hanya lapan saat sahaja diambil oleh oleh Mousesports untuk mengalahkan FaZe dalam satu pusingan.

Kejadian ini sangat memalukan kerana kesilapan FaZe yang terus menyerang ke satu pintu yang kecil di Dust.

4. Kekalahan berturut-turut paling banyak dalam sejarah League of Legends

Kalah 39 kali berturut-turut dalam perlawanan rasmi bukan perkara mudah.

Pasukan V3 dari Jepun membuktikan mereka mampu menang. Dalam sejarah League of Legends ini perkara yang paling susah untuk dibuat.

Mereka akhirnya menang selepas penat lelah.

Apa lagi rekod paling memalukan yang anda pernah tengok dalam dunia e-sukan?

RELATED NEWS

+