Point Blank akan mengadakan road show di Malaysia bermula Mei ini

Selepas berakhirnya kejayaan Kejohanan Kebangsaan Point Blank (PBNC) yang dimenangi oleh Team Path pada 21 Januari lalu, Point Blank kini berkongsi ‘roadmap’ mereka untuk tahun ini.

Bermula dari Mei ke Jun dan Ogos ke Oktober, Troopers (pemain Point Blank) boleh menyertai kejohanan offline iaitu Road Show di Malaysia. Dalam Road Show ini, Point Blank akan menjelajah Malaysia untuk mencari pasukan terbaik bagi menghadapi PBNC MY SG pada tahun depan.

Ini adalah ‘roadshow’ pertama mereka selepas pelancaran server Point Blank Singapura dan Malaysia.

Mereka juga akan menganjurkan Point Blank Asia Tenggara (PBSEA) dari Ogos ke Oktober. Pendatang baru dari Malaysia dan Singapura akan bersaing dengan Indonesia, Filipina dan Thailand.

Pada akhir 2024, PBNC Malaysia & Singapura akan kembali. Ia akan menjadi kejohanan penutup buat 2024 bagi rantau Malaysia dan Singapura. Nantikan lebih banyak maklumat di laman web rasmi mereka dan media sosial di Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube.

RELATED NEWS

+