Steam."> Steam." /> Steam." />

Permainan MMORPG Star Wars: The Old Republic telah dilancarkan di Steam

Electronic Arts (EA) telah melancarkan permainan video massively-multiplayer online role-playing game (MMORPG) Star Wars: The Old Wars (SWTOR) secara rasmi di platform Steam.

Walaubagaimanapun, para pemain tetap harus muat turun client SWTOR untuk main. Pelancarannya di Steam hanya bermaksud anda boleh menggunakan Steam untuk muat turun client tersebut.

SWTOR ialah sebuah permainan video MMORPG free-to-play tetapi anda boleh membayar langganan untuk mendapat kandungan tambahan seperti perkembangan jalan cerita, kenaikkan had level, dan banyak lagi.

Judul ini dibangunkan oleh Bioware dan ia menyambung jalan cerita siri permainan video Star Wars: Knights of the Old Republic yang juga dibangunkan oleh studio tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+