EA Sports UFC ditutup untuk digantikan dengan EA Sports UFC Mobile 2

Permainan EA Sports UFC bakal ditutup selepas 9 tahun dilancarkan. Berita ini disusuli dengan khabar baik. Penutupan permainan ini membuka ruang untuk pelancaran permainan baru UFC iaiatu EA Sports UFC Mobile 2.

Menurut EA, permainan UFC pertama itu akan ditutup secara rasmi pada hujung bulan ini iaitu 31 Januari. Namun, ciri dalam permainan itu masih digunakan juga.

Pemain masih boleh menggunakan mana-mana Gold sedia ada dan menikmati semua aspek permainan kecuali yang memerlukan sambungan atas talian.

Setelah penutupan ini berlangsung, EA bakal melancarkan EA Sports UFC Mobile 2 pada peranti mudah alih tidak lama lagi. Permainan ini bakal muncul di Apple App Store serta Google Play Store.

Beta permainan ini pernah dilancarkan sekitar awal tahun lepas di Filipina serta New Zealand dan menerima respon positif dari peminat dan penguji beta.

Dengan UFC Mobile 2 ini, EA akan lebih menumpukan pada permainan, serta acara tetap dan kemas kini kandungan.

EA juga berharapa permainan ini diterima baik setelah EA pelajari daripada kesilapan dari permainan sebelumnya.

Sumber rujukan: GamingOnPhone

RELATED NEWS

+