Pencipta PUBG, Krafton memperlihatkan manusia ‘hyper-realistic’, Ana

Konsep manusia virtual bukanlah baru. Menerusi penggunaan teknologi Unreal Engine oleh Krafton, mereka menghasilkan Ana, manusia virtual yang akan membantu mengembangkan lagi ekosistem Web3 mereka.

Difahamkan, Ana dicipta untuk menarik minat dan populariti Gen Z di seluruh dunia. Ia boleh menjadi realiti dengan pelan tersedia untuk Ana; menghasilkan muzik yang asli dan meluaskan skop aktivitinya sebagai pempengaruh dalam industri e-sukan dan hiburan.

Ana adalah manusia virtual yang sangat realistik dan mempunyai keupayaan belajar yang mendalam.

Siapa tahu selepas ini apa projek dari Krafton yang akan menampilkan Ana seterusnya. Apa yang pasti, ia mampu transformasi industri e-sukan ke tahap lebih imersif dan memberikan nafas baru.

 

Sumber rujukan: The Verge

RELATED NEWS

+