North America Challenger Tournament (NACT) 2024 kembali lagi

North America Challenger Tournament Spring Season (NACT) akan hadir tidak lama lagi.

Kali ini kita bakal melihat pasukan-pasukan MLBB dari Amerika Utara.

Juara yang menyertai NACT juga berpeluang untuk layak ke Piala Pertengahan Musim (MSC 2024) yang akan dianjurkan di Riyadh, Saudi tahun ini.

Sejak tahun 2021 lagi, NACT menjadi tunjang untuk pemain MLBB di Amerika Utara.

https://images.start.gg/images/tournament/625880/image-4d5ba10b8180008060546e16f4022541.jpg?ehk=50tzK75mZKHfNRbZ4OiQkUmyMfq%2FFBoAHnO2M513YnM%3D&ehkOptimized=QzxWIYJxh1%2FePh8dcX%2FElpl1%2B%2FrG6RkgqEUvwcjgGG0%3D

Buat pertama kali, pertandingan akan berlangsung selama sebulan untuk NACT 2024 sama seperti Liga Profesional MLBB (MPL) dan juga dengan Playoffs selama tiga minggu.

Grand Finals akan dianjurkan secara luar talian dengan membawa kategori ”Finals Most Valuable Player Award” (FMVP).

Pendaftaran juga sudah dibuka buat Amerika Utara dan akan ditutup pada 21 Februari ini.

RELATED NEWS

+