Naraka Bladepoint Mobile akan hadir tak lama lagi

Naraka Bladepoint menjadi salah satu battle royale yang unik dan masih popular sekarang ini.

Naraka mengumpulkan 60 pemain untuk berlawan dengan menggunakan teknik berlawan bela diri termasuk beberapa senjata yang memerlukan permainan lebih baik untuk mengalahkan musuh.

NetEase mengesahkan pada acara langsung NetEase Connect 2021 yang mereka sedang membangunkan versi mudah alih bagi Naraka Bladepoint.

Permainan ini penuh dengan aksi yang penuh mobiliti, grafik cantik dan sudah semestinya battle royale dengan karakter dan kuasa istimewa masing-masing.

“Versi mudah alih ini akan mencuba sedaya upaya untuk meniru semula versi PC ke versi mudah alih,” tambah Ray Kuan Ketua Penerbit Naraka Bladepoint.

Jika anda berminat anda boleh melayari laman rasmi Naraka Bladepoint Mobile.

Rujukan: IGNSEA

RELATED NEWS

+