PUBG Southeast Asia Series Diumumkan Dengan Prizepool RM411,000

Pemain-pemain PlayerUnknown’s Battelgrounds (PUBG), anda dah bersedia untuk satu kejohanan besar di peringkat Asia?

Siri Asia Tenggara PUBG kini membuka pendaftaran untuk pasukan-pasukan dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina dengan hadiah terkumpul AS$100,000 (RM411,000). 

Kejohanan ini akan memulakan tiga pusingan:

Pusingan kelayakan nasional (online):

  • 10 – 13 Februari – Indonesia, Malaysia & Singapura dan Filipina. Sebanyak 64 pasukan bertanding dan 16 terbaik akan mara ke peringkat nasional

Pusingan peringkat nasional (online):

  • 15 Februari – Indonesia dan Filipina akan mencari 6 pasukan terbaik untuk mara ke Grand Final tapi bagi Malaysia dan Singapura hanya empat slot saja.

Pusingan Grand Finals (online):

  • 16 Februari – 4 pasukan akan layak ke pusingan kelayakan PGS Berlin Asia Pasifik yang mana kejohanan LAN akan diadakan di Malaysia pada 29 Februari hingga 1 Mac dan disertai 12 lagi pasukan jemputan merebut hadiah terkumpul RM411,000 dan juga tiket ke PGS Berlin.

Pasukan PUBG dari Malaysia dan Singapura boleh mendaftar di LINK ini.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Geek Events.

Untuk info lanjut, boleh layari laman web rasmi mereka pubg.geekevents.asia/

RELATED NEWS

+