Moonton sedang mencuba sistem 10 ban setiap perlawanan di rank Mythic dan ke atas

MOONTON Games kini sedang dalam fasa mencuba sistem ban baharu sehingga 10 hero.

Dalam satu kemaskini baharu, hanya pemain yang terpilih dapat merasai terlebih dulu bagaimana sistem ini akan dijalankan:

Jika sebelum ini hanya enam hero satu perlawanan, Moonton kini mempertingkatkan jumlah ban dalam sesebuah perlawanan. 

  • Rank Legend dan ke bawah: 8 hero boleh dikenakan ban bagi setiap perlawanan
  • Rank Mythic dan ke atas: 10 hero boleh dikenakan ban bagi setiap perlawanan

Tempoh percubaan ini bermula 19 Disember hingga 23 Disember ini sahaja.

Selain itu, mereka juga memasukkan sistem pemilihan lane pada fasa draft pick.

Anda hanya perlu pilih lane (gold lane, mid dan sebagainya). Jika terdapat pemain pilih lane yang sama, akan ada amaran Laning Conflict dari sistem.

Pemain juga boleh menekan avatar rakan untuk melihat posisi paling kerap dimainkan dan butiran skill untuk hero yang dipilih.

RELATED NEWS

+