Lebih 80-90% pemain profesional Pokemon menggunakan Pokemon yang digodam

Satu skandal terbaru kini melanda dunia kompetitif Pokemon.

Terdapat seorang pemain profesional Pokemon mengatakan lebih “80-90%” pemain menggunakan Pokemon yang digodam.

Penggodam paling dikenali ramai juga mengatakan ramai pemain profesional terlibat dengan perkara ini.

Malah juara bertahan Pokemon World Champion juga antara yang tertuduh.

Semuanya bermula apabila Pokemon World Championships baru-baru ini menyaksikan ramai pemain profesional disingkirkan kerana menggunakan Pokemon yang diubah secara haram.

Pertandingan piala dunia di Yokohama baru-baru ini menjadi lebih berkontroversi apabila beberapa pemain diharamkan dari bermain di Pokemon World Championship.

Menggodam Pokemon dengan mengubah stats menjadi debat samada mereka ini menipu atau tidak.

Boleh dikatakan untuk membina satu pasukan kompetitif pokemon anda perlu menghabiskan masa yang tersangat lama dan bagi individu yang mempunyai pekerjaan lain dan kurang masa untuk bermain hal ini sangatlah menyusahkan.

Tidak semua pemain juga mempunyai kesemua permainan video Pokemon yang ada untuk mendapatkan Pokemon yang mereka mahu secara spesifik.

Permainan Pokemon pula tidak memberikan cara mudah untuk membina stats Pokemon anda sendiri.

Menurut Brady Smith, veteren pemain kompetitif Pokemon mengatakan lebih 80-90% pemain ada menggunakan Pokemon yang digodam.

“Ramai orang hanya mahu bermain Pokemon secara kompetitif, kami hanya mahu berlawan orang lain kami tidak kesah dengan cara mendapatkan Pokemon,” ujar Brady Smith.

Seorang YouTuber Pokemon juga ada membuat video mengenai dunia kompetitif Pokemon yang sebenarnya melibatkan wang ke tahap tidak adil.

Ramai mengharapkan Pokemon Company untuk menyenangkan semua pihak membina pasukan Pokemon mereka tetapi masih tiada perubahan.

RELATED NEWS

+