Nintendo akan menghasilkan filem live action The Legend of Zelda

Nintendo hari ini mengumumkan filem live action The Legend of Zelda yang akan dibangunkan.

Filem ini akan dihasilkan oleh Shigeru Miyamoto dan Avi Arad yang menghasilkan banyak filem hebat-hebat.

Nintendo dan Sony Pictures Entertainment Inc. akan memberi suntikan dana dengan 50% ditanggung oleh Nintendo.

Ini adalah satu lagi langkah ke hadapan oleh Nintendo bagi memperkenalkan watak ikonik mereka menerusi industri hiburan.

Buat masa ini belum ada butiran lanjut bila filem ini akan memasuki fasa penggambaran dan tarikh pelancaran juga belum diumumkan.

Sumber rujukan: Nintendo

RELATED NEWS

+