Ketua Pegawai Esekutif Twitch sahkan mereka masih dalam kerugian

Ketua Pegawai Esekutif Twitch Dan Clancy baru-baru ini telah membuat satu sesi soal jawab.

Dalam soal jawab tersebut dia mengatakan Twitch masih lagi dalam masalah dan tidak mendapat keuntungan.

Dia juga mengesahkan lebih 500 staf Twitch telah dipecat semalam.

The Twitch logo displayed on a multicoloured background.

“Seperti yang sudah diberitahu sebelum ini kami sedang cuba untuk menjaga kelestarian, sejujurnya, kami masih tidak mendapat keuntungan,” ujar Clancy.

“Amazon juga sangat-sangat membantu Twitch,” tambahnya lagi.

Menurutnya juga, TwitchCon tidak akan dibatalkan kerana konvensyen adalah acara untuk membuat duit dan peluang baik untuk membawa komuniti Twitch bersama-sama.

Twich juga akan memberhentikan kontrak untuk streamer-streamer besar disebabkan kos yang tinggi untuk pengekalan streamer individu.

Syarikat tersebut juga sedang cuba untuk berubah, mengembangkan syarikat dan juga menyesuaikan Twitch dengan situasi mereka sekarang.

RELATED NEWS

+