Jom Saksikan Ulasan Bahasa Malaysia Bagi Kejohanan Garena Premier League Spring 2018!

Rindu ulasan League of Legends dalam Bahasa Malaysia? Jangan risau, admin nak berkongsi macam mana korang boleh tengok wakil negara berentap tapi dalam localised version!

 Aaron Chan (Qontra) dan Lin Chronicle (Lin LP Shoutcaster) akan menjadi pengulas bagi Garena Premier League 2018 sekarang ini yang berlangsung di Bangkok, Thailand! 

Ulasan ini dibawakan oleh Mineski TV Malaysia dan korang boleh saksikannya di Twitch dan juga laman Facebook E-sukan yang tertera di atas.

Jom kita bagi sokongan kepada pasukan negara, Kuala Lumpur Hunters (KLH) yang akan berentap di peringkat kumpulan pada hari ini dan esok!

RELATED NEWS

+