Infinix memperkenalkan model baharu bagi siri NOTE 40 mereka

Infinix kini memperkenalkan model baharu dalam siri Note 40 mereka iaitu Note 40 Pro 5G. Ia memperkenalkan teknologi pengecasan laju ‘All-Round FastCharge 2.0’ iaitu kelajuan 100W.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan paparan 3D melengkung 120Hz AMOLED dan sistem kamera 108MP super-zoom dengan sokongan OIS. Penambahan elemen AI seperti pencahayaan ‘Active Halo AI’ dengan kerjasama JBL juga pastinya menampakkan peranti ini lengkap untuk pengguna kasual.

Bagi peminat permainan mudah alih, ia dibina dengan kapasiti sehingga 24GB RAM untuk ‘multitasking’ dan sistem penyejukan yang mampu mengurangkan haba sehingga 7°C.

XBOOST Frame Rate Control pula mengoptimumkan prestasi bagi permainan MOBA dan FPS selain menyediakan pengalaman permainan lebih menarik dengan kadar bingkai lebih tinggi. 

Dual stereo speaker dari JBL dilengkapkan untuk memastikan pengalaman gaming anda lebih imersif dan seronok.

Layari laman Instagram dam Facebook mereka untuk pengumuman harga bagi peranti ini kelak.

RELATED NEWS

+