Diablo IV sudah menerima gold status, siap dipasarkan pada 6 Jun ini

Diablo IV akan dilancarkan secara rasmi pada 6 Jun ini dan ia sudah pun menerima gold status. 

Ini bermakna permainan video ini sudah pun siap sepenuhnya dan ia boleh siap dipasarkan pada tarikh ditetapkan. Nampaknya, pemain bakal meneroka dunia kejahatan di Sanctuary tak lama lagi.

Anda akan melawan dan bergabung bersama untuk menewaskan Lilith, anak Mephisto yang akan membuat onar di Sanctuary.

Antara tumpuan diberikan dalam Diablo IV adalah:

Main ikut cara andaPemain boleh mendapatkan lebih banyak pilihan berbanding dulu dengan memilih karakter fantasi sendiri dari lime kelas tersedia. Ditambah lagi dengan kosmetik dan skills yang boleh ditetapkan ikut cita rasa sendiri.

Dunia terbuka: Yang menariknya kali ini, Diablo IV menerapkan ciri dunia terbuka dengan kempen penuh, dilengkapi 120+ dungeons dan banyak tugasan sampingan, bos dunia serta beberapa tempat boleh diteroka. 

Sistem ‘Endgame’ baharu: Pemain boleh terus meningkatkan kekuatan karakter dan mencuba halangan baru menerusi carta paragon, zon PvP, Nightmare Dungeons dan Helltides serta Tree of Whispers.

Mereka juga sudah menerima maklumbalas dari beta tertutup dan beta terbuka. Blizzard dalam satu kenyataan memaklumkan perubahan akhir akan tersedia dilihat dalam permainan penuh pada 6 Jun ini.

 

RELATED NEWS

+