BlizzCon kembali tahun ini

Selepas empat tahun akhirnya BlizzCon kembali sebagai acara besar untuk Blizzard.

BlizzCon 2023 kali ini akan diadakan di Anaheim Convention Center, California, Amerika Syarikat pada 3 dan 4 November ini.

https://bnetcmsus-a.akamaihd.net/cms/blog_header/ni/NITVDN20ZOJG1684166560805.jpg

Semua pemain dan peminat permainan video Blizzard boleh menyertai BlizzCon dengan pelbagai acara baru dari permainan seperti Diablo, Hearthstone, Overwatch dan pelbagai lagi.

Tiket, cosplay dan maklumat pertandingan juga akan diberikan nanti.

Dengan pengumuman pembatalan PvE Overwatch 2 baru-baru ini mungkin ini sahaja cara Blizzard untuk mengambil hati peminat Overwatch semula.

RELATED NEWS

+