Dari MDL, kini ke pentas dunia

SUNGGUH, PERJALANAN MEREKA PENUH LIKU.

Tiga pemain kelahiran Indonesia, Nnael, Raizel dan Warlord membuktikan mereka adalah pemain tier-2 yang berjaya melangkah ke peringkat lebih tinggi dan kini bertemu kembali sejak pertembungan terakhir di MDL ID musim keenam.

Kejayaan menjejakkan kaki mereka di pentas dunia MLBB, M5 yang diadakan di Manila, Filipina sejak semalam adalah satu pencapaian yang sangat besar buat pemain Geek Fam dan dua pemain HomeBois ini.

Nnael dari Onic Prodigy membuktikan kebolehannya dengan bermain sebagai pemain pinjaman di Geek dan seterusnya memenangi slot ke M5 manakala Raizel (Alter Ego X, Alter Ego) dan Warlord (RRQ Senna) bantu memperkuatkan HomeBois memikul harapan Malaysia di M5.

Dua lagi pemain MDL ID yang sudah setahun bersama pasukan utama (Geek Fam ID Jr, Geek Fam ID), Aboy dan Luke juga beraksi sama di hari pertama peringkat kumpulan M5.

Pastinya kelima-lima pemain ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain tier-2 untuk beraksi lebih cemerlang bagi mengejar impian ke peringkat dunia.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+