Bekas pemain CS:GO yang dikenakan hukuman penjara 116 tahun – ini yang berlaku padanya sekarang

Pada dua tahun lepas, seorang bekas pemain pro CS:GO wanita, Shayene “shAy” Victorio pernah menerima hukuman penjara selama 116 tahun kerana penipuan.

Dilaporkan 118 pelanggannya tidak pernah menerima merchandise apabila membeli di stor dalam talian miliknya. Difahamkan, insiden ini berlaku antara tahun 2013 dan 2017.

Peguamnya memberi maklum balas yang syarikat di sebalik laman web miliknya itu adalah hak milik bapanya dan bekas suami. “Ia adalah satu kesilapan dalam pengurusan yang menyebabkan isu ini,” jelas peguam ini.

Bagaimanapun, terdapat kes siasatan dari Special Action Group to Combat Organized Crime (GAECO) yang menemui butiran berkaitan bank dan cukai di dalam emelnya bagi tujuan bukti. 

Di Instagram, streamer CS:GO ini mengatakan “Saya tidak ditangkap dan takkan ditangkap. Saya bukannya diburu seperti orang maksudkan. Ia adalah satu tuntutan mahkamah dikenakan pada bekas suami saya dan menyusahkan saya. Ketika kami berpisah, dia bertanggungjawab sepenuhnya,” 

Victorio sudah pun membuat rayuan untuk hukuman itu pada dua tahun lepas.

Apa yang terjadi selepasnya?

Bagaimanapun selepas itu, tidak banyak yang didengari tentang kes mahkamah itu. Malahan, Instagram dan Twitter shAy yang masih aktif sedikit sebanyak menunjukkan bekas pemain profesional CS:GO ini mungkin terlepas dari kontroversi.

Ini juga bermakna tuduhan terhadapnya tak dapat dibuktikan sepenuhnya dan dia kemungkinan berjaya memenangi kes rayuan di mahkamah.

Sekarang shAy adalah seorang pempengaruh yang popular di Instagram dengan pengikut seramai 232 ribu orang dan masih aktif memuat naik hantaran di platform sosial itu.

RELATED NEWS

+