Banyak masalah berlaku pada GTA Trilogi

Minggu lalu Rockstar Games menangguh pelancaran GTA The Trilogy – The Definitive Edition untuk versi PC selepas berlaku beberapa masalah pada pelancar permainan Rockstar. 

Namun, bagi pengguna platform konsol seperti PlayStation 4, Xbox dan Nintendo Switch, mereka juga menghadapi masalah mereka tersendiri bagi versi-versi ini. 

Pemain dan peminat mula menyatakan ketidakpuasan hati mereka di Twitter dan Reddit mengenai permainan ini terutamanya untuk GTA: San Andreas berikutan terdapat pelbagai isu berkenaan grafik, pepijat, perubahan model dan pelbagai lagi. 

Bahkan, pemain juga mengingatkan kembali usaha pihak Take-Two yang memadam beberapa mod yang dihasilkan peminat dan mengugut akan dikenakan tindakan DMCA ke atas mereka.

Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition adalah kompilasi tiga siri Grand Theft Auto iaitu San Andreas, Vice City dan GTA 3. 

Buat masa ini, pihak pembangun daripada Rockstar masih lagi belum memberi maklum balas mengenai hal ini. 

Sumber: Polygon.

RELATED NEWS

+