Pemilik Rockstar Games saman Remedy Entertainment kerana huruf ‘R’ di logo

Dua syarikat besar permainan video Remedy Entertainment dan Take-Two Interactive kini dalam pertarungan undang-undang disebabkan rekaan logo syarikat.

Take Two mendakwa logo Remedy Entertainment terlalu sama dengan logo ikonik “R” dari Rockstar Games.

Logo yang dimaksudkan menggunakan huruf “R” yang dikatakan sama dengan logo Rockstar Games.

Boleh dikatakan ini adalah pertikaian diantara pencipta Grand Theft Auto dan Alan Wake.

Kes ini sebenarnya sudah difailkan pada April tahun lalu.

Take-Two Interactive mengatakan logo baru ini boleh membawa kekeliruan kepada orang ramai kerana terlalu sama dengan logo Rockstar Games.

Menurut The Verge, kedua-dua syarikat ini dijangka perlu menyelesaikan masalah ini kerana Max Payne dan Max Payne 2 remake sedang dibangunkan bersama-sama oleh dua syarikat ini.

Take-Two Interactive dikenali sebagai syarikat yang sangat agresif dalam menjaga cap dagang mereka.

RELATED NEWS

+