6 pemain profesional e-sukan yang pernah ditangkap menipu

Hampir semua e-sukan yang popular akan mempunyai penggodam dan penipu yang akan merosakkan pengalaman anda ketika bermain permainan video kegemaran anda.

Permainan seperti CS:GO adalah antara permainan video yang mempunyai masalah “penipu” yang besar dan masih dibendung oleh Valve.

Malah permainan e-sukan seperti VALORANT juga tidak terlepas dari penipuan dan penggodam.

Tetapi penipuan ini bukan sahaja berlaku pada pemain biasa malah pemain professional juga  menipu dan lebih mengejutkan mereka ditangkap menipu.

Skandal penipuan dalam dunia e-sukan sudah tidak asing lagi malah ada yang memalukan dan mengejutkan.

1.Forsaken – CS:GO (2018)

Pemain bernama Forsaken meggunakan aimbot untuk menipu dan pihak penganjur cepat dalam menjalankan tugas.

Apa yang lebih memalukan, Forsaken bertindak untuk membuang program aimbot tersebut di hadapan pihak penganjur apabila tahu dirinya ditangkap.

Pasukannya kini disingkirkan dan siasatan lanjut menunjukkan Forsaken jugal pernah menipu di pertandingan ELS India Premiership 2018 Fall Tournament.

2. Solo – Dota 2 (2013)

Pada tahun 2013 Solo ditangkap menipu apabila sengaja membuat pasukannya kalah kerana wang.

Dota 2 beberapa tahun lalu sangat terkenal dengan judi untuk mendapatkan wang cepat.

Alexei Berezin juga dikenali sebagai “Solo” berjudi sebanyak RM400 untuk pasukanya sendiri iaitu RoX.KiS untuk kalah di StarSeries Musim ke-6.

RoX dikatakan sudah hampir menang tetapi hanya untuk mendapatkan RM1,288 (AS$322) , Solo sebaliknya memberi pihak lawan membunuhnya sebanyak 50 kali dalam satu perlawanan.

Sudah semestinya Solo ditangkap dan diharamkan untuk menyertai mana-mana acara lagi tetapi akhirnya ditukar kepada satu tahun sahaja.

Solo juga tidak mendapat duit yang dimenanginya itu.

Sejak hari itu nombor 322 telah menjadi meme untuk semua pemain Dota 2.

Apabila ada sesiapa yang didapati mati terlalu banyak dalam pertandingan Dota 2, komuniti sebaliknya akan spam 322 apabila melihat sesi permainan yang teruk dan dipersoalkan.

3. Azubu Frost – League of Legends (2012)

League of Legends adalah salah satu permainan video terbesar di dunia. Namun pada tahun 2012 setiap pemain Azubu Frost telah ditangkap menipu.

Ya anda tidak salah membaca, semua pemain Azubu Frost menipu kerana melihat skrin besar untuk tahu kedudukan pihak lawan tetapi ada pihak berjaya merakam penipuan ini.

Azubu Frost tidak diharamkan kerana penipuan tersebut sebaliknya disaman sebanyak RM120,000.

4. Robodoping

Pada acara British Cycling’s Esports Championships, betul anda tidak salah dengar, memang ada pertandingan e-sukan berbasikal.

Cameron Jeffers seorang YouTuber dan juga penunggang esukan berbasikal.

Semua penunggang lain menggunakan basikal ‘Tron’ sebagai basikal esukan yang diiktiraf, tetapi Jeffers menggunakan “Zwift Concept Z1” yang memberi penggunanya output yang lebih kuat.

Jeffers juga memenangi pingat emas untuk pertandingan yang disertainya. 

Pihak media menggelar peristiwa ini robodoping iaitu hasil gabungan robot dengan doping iaitu penggunaan dadah.

Pihak pengajur sebaliknya menyaman Jeffers dengan RM1,467.58 (£250) dan diharamkan selama enam bulan dari mana-mana perlumbaan.

5. Johnathan Kosmala – FortniteLara Croft and Neymar join Fortnite Season 6 Battle Pass | TechRadar

Pemain professional e-sukan fortnite, Johnathan Kosmala ditangkap menipu kerana menggunakan program penggodam ketika pertandingan terbesar iaitu Piala Dunia Fortnite.

Apa yang lebih memalukan Johnathan ditangkap menipu apabila pembuat program menipu itu sendiri yang melaporkan penipuan yang dilakukannya.

“Sebalik menggunakan program ini untuk berseronok, dia (Johnathan) menggunakan program ini untuk mendapatkan duit pertandingan yang banyak,” kata CBV pencipta program menipu Fortnite.

6. Apxvoid – Hearthstone

Jacob “Apxvoid” Coen adalah pemain Hearthstone yang disukai dan dihormati oleh ramai pemain profesional.

Namun, akibat terlalu gementar semasa pertandingan HCT Winter Playoffs, pemain Kanada ini bertindak menghantar mesej kepada orang yang duduk bersebelahannya “Patutkah saya menggunakan hard fatigue untuk berlawan dengan deck warrior?” di kotak chat di skrinnya.

Apxvoid sebaliknya tidak menghantar mesej tersebut.

Apa yang Apxvoid mahu cuma minta ditenangkan. Namun apabila perlawanan sudah habis, Apxvoid melakukan kesilapan kerana menghantar mesej yang sama dia tulis kepada pihak penganjur perlawanan. Ini membuatkan Apxvoid disingkirkan kerana disyaki menipu.

Apxvoid kini masih berada dalam dunia Heartstone dan ramai pemain serta peminat berasa kasihan dan memaafkannya.

Setakat ini sahaja pemain-pemain yang ditangkap menipu di dalam dunia e-sukan.

Apa pendapat anda? Tidak kira apa yang anda lakukan, jangan menipu untuk mendapat kepuasan yang hanya sementara dan sebaliknya hanya merosakkan pengalaman untuk pemain-pemain lain sahaja.

RELATED NEWS

+