5 Indie Games yang korang patut cuba

Banyak sebenarnya indie games yang ada dalam dunia ini tetapi ini beberapa indie games yang patut dicuba.

Indie games telah menjadi antara permainan video yang sentiasa dilihat biasa sahaja tetapi sebenarnya banyak antara indie games yang ada adalah antara permainan video terbaik yang anda akan main.

1.Dredge

Dredge adalah permainan video memancing yang pada awalnya hanya biasa tetapi lama kelamaan menjadi seram dan penuh dengan makhluk dari mitos Eldritch Horror.

2.Hades

Hades adalah permainan video roguelike yang dibuat oleh Supergiant Games.

Permainan ini menceritakan Zagreus anak kepada Hades yang mencuba untuk melarikan diri dari Underworld ke Mount Olympus.

3.Cult of the Lamb

Cult of the Lamb adalah permainan video roguelike di mana anda mengikut seekor biri-biri yang diselamatkan daripada mati oleh tuhan bernama The One Who Waits.

Disebabkan itu, anda perlu membayar hutang nyawa dengan mencari pengikut ajaran sesat atas nama The One Who Waits.

4.Disco Elysium

Disco Elysium adalah permainan video role-playing dari ZA/UM.

Disco Elysium menceritakan dunia selepas perang saudara yang terjadi beberapa dekad dulu.

Anda kini adalah seorang detektif yang amnesia dan perlu menyelesaikan satu kes pembunuhan misteri.

5.Deep Rock Galactic

Deep Rock Galactic adalah permainan video co-op first-person shooter di mana anda berada di planet alien Hoxxes IV dan menjadi pelombong dwarf.

Anda akan berlawan dengan banyak alien kumbang dan peta di dalam permainan ini akan sentiasa bertukar-tukar dengan sendirinya dan menjadikan objektif anda berubah-rubah.

Permainan video indie mana lagi yang korang rasa orang patut cuba?

RELATED NEWS

+