Trailer Terbaru Kingdom Hearts 3 Memaparkan Dunia Monsters Inc, Kemunculan Karakter Disney Lain

Kami pernah melaporkan sebelum ini yang Square Enix ada mengacah dunia Monsters Inc dalam Kingdom of Hearts 3. 2 hari lepas, syarikat gergasi Jepun itu mengeluarkan trailer terbaru memaparkan gameplay dan dunia Monsters Inc ketika acara D23 Expo di Jepun.

Akhirnya kita boleh nampak kembara Sora, Donald dan Goofy. Square Enix juga menunjukkan rakaman Sora berganding bahu dengan kru Toy Story serta kemunculan Rapunzel dan Flynn Rider dari filem Tangled. Ariel, The Little Mermaid turut menonjolkan diri tapi sebagai summon. Riku, Vanitas dan Marluxia yang biasa dilihat turut ada dipaparkan.

Video terbaru memaparkan lagu tema “Don’t Think Twice” oleh Hikaru Utada turut didengarkan dalam satu video di bawah.

Kingdom Hearts 3 akan dilancarkan di PlayStation 4 dan Xbox One pada tahun ini dan tarikh rasmi belum dapat dipastikan.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+