Ready Player One: Bagaimana Suara Komuniti Gaming Bentuk Masa Depan Industri

Jarang kita saksikan filem di pawagam yang menceritakan kisah komuniti gaming dan plot yang menarik. Ready Player One adalah filem paling tepat yang berada dalam kelompok itu. Ia tak terlalu serius dan tryhard sebaliknya mempunyai mesej yang mendalam kepada kita semua (komuniti gaming).

Kenapa korang perlu usha Ready Player One? Well, hari ini penulis nak bongkar, apa yang boleh dipelajari dalam filem arahan Steven Spielberg ini dan bagaimana kita sebagai gamer, perlu faham hak kita dalam industri ini.

Meriahnya Kehidupan Dengan VR!

Pada masa depan, kita sebagai gamer mengharapkan yang terbaik dalam perkembangan teknologi dan ini yang berlaku sekarang. Dari perspektif James Donovan Halliday (pereka Sistem Simulasi Gregarious (GSS)) dan Ogden Morrow, mereka memperkenalkan OASIS, satu dunia virtual maya yang menempatkan gamer untuk menambah kenalan, menjual barangan, berperang dan sebagainya.

Secara metaforanya, dunia OASIS adalah impian setiap gamer yang inginkan hak mereka ditunaikan, impian mereka tercapai sesuai dengan kehendak. Ingin menukar avatar? Silakan. Ingin membeli barangan dalam dunia maya dan post ke rumah dalam real life? Boleh. Ingin satu ciri yang mana pemain boleh team up dengan kawan-kawan untuk bertarung macam dunia sebenar? Pun boleh.

Walaupun dalam filem ini tidak ada mention gamer meminta permainan seperti ini wujud, tapi bagi James Halliday yang juga seorang gamer, dia memang faham kehendak komuniti gamer di seluruh dunia. Teknologi makin maju dan permainan seperti ini akan wujud jika ada permintaan. Ini kerana industri gaming sentiasa berubah mengikut permintaan dari komuniti. Boleh dikatakan kitalah antara golongan yang mampu membentuk masa depan industri ini. Ya kan?

Di dunia nyata, apa yang kita nak? Semestinya dengan perkembangan e-sukan dan gaming amnya, kita inginkan fasiliti yang lebih baik, kemudahan pusat e-sukan yang lebih banyak dan paling penting, lagi banyak tournament berprestij untuk kembangkan bakat masing-masing. Seperti mesej disampaikan Ready Player One, setiap dari kita mempunyai peranan dan hak masing-masing sebagai gamer, untuk pertumbuhan e-sukan, kita perlu lakukan sesuatu.

Kemudahan fasiliti yang macam mana? Dah tentu lah yang lengkap dengan gaming rig yang canggih, bilik untuk berlatih dengan ahli pasukan, bilik khas untuk streaming dan satu ruang khas untuk pertandingan yang mampu memuatkan ramai penonton. Tapi itu dari segi pertandingan, macam mana pula dengan bootcamp?

Ya, kita gamers memang impikan bootcamp yang ada semua kemudahan. Seiring dengan penganjuran China Esports Games 2018 dan Olympics 2024 yang menuntutkan Malaysia menghantar wakil negara, pemain harus bersiap sedia dan bagaimana? Mestinya dengan ada bootcamp yang selesa untuk mereka berlatih bersama dan merancang strategi tanpa perlu susah-susah mencari tempat yang boleh disewakan dengan murah.

IOI Campur Tangan, Gamers Bersatu!

Berbalik kepada filem, watak utamanya, Parzival ataupun nama sebenarnya Wade Watts, mewakili komuniti gamer (dan orang awam) di seluruh dunia yang memahami kehendak semua gamer. Dia hanya inginkan environment yang bersih dari campur tangan pihak yang tidak kisah dengan industri atau komuniti.

Sebagai contoh, Innovative Online Industries (IOI) ingin mengambil alih sepenuhnya OASIS tapi mereka perlu mencari 3 kunci yang disorok oleh Avatar James Halliday iaitu Anorak. Apa yang akan jadi kalau OASIS jatuh ke tangan IOI? Mereka akan memanipulasi dan cuba menjadikan OASIS sebagai satu sistem yang boleh memonopoli pengguna untuk kepentingan mereka sendiri.

Dari situ, Parzival dan komuniti OASIS berbuat sesuatu untuk menghentikan rancangan IOI. Apa yang relatenya dengan kita? Sebagai gamer, kita mempunyai hak dan pilihan yang boleh dibuat untuk tentukan masa depan industri gaming. Secara metaforanya, kita inginkan yang terbaik untuk diri sendiri dengan membuat pilihan betul.

Parcival memahami hal itu sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Mereka ingin lepas dari belenggu IOI dan mereka BERSUARA untuk mendapatkan hak mereka. Jadi kita? Mesti kita lakukan SESUAI sesuai dengan apa yang kita suarakan. Itulah tanggungjawab kita kepada negara. Betul tak?

Bagi penulis sendiri, filem ini mengajar gamers agar bersuara untuk mendapatkan sesuatu/hak mereka. Sebagai gamer sendiri, ia memberi inspirasi kepada penulis untuk sentiasa alert dan ambil tahu perkembangan terkini dalam industri.

Kita kena faham kita sendiri ada peranan untuk membentuk industri gaming dan e-sukan kerana kita punya hak di dalamnya. Jadi jangan lupa untuk melaksanakan tanggungjawab dan hak anda sebagai pengundi di Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang. Kalau korang nak ikuti update mengenai #PRU14, klik SINI.

RELATED NEWS

+