Hanya Ellie Yang Boleh Dimainkan Dalam The Last of Us Part II – Tiada Maklumat Tentang Joel

Tanda tanya menyelubungi peminat The Last of Us kerana masih tidak tahu sama ada Joel akan kembali sebagai playable character ataupun tidak dalam Part 2 ini.

Pengarah Kreatif Naughty Dog, Neil Druckmann bagaimanapun mengesahkan hanya Ellie saja boleh dimainkan sepanjang sekuel ini.

Trailer ketiga The Last of Us Part 2 menunjukkan permainan ini mengambil masa lima tahun selepas keluaran pertama dan mungkin, mungkin saja Naughty Dog sengaja bercakap begitu kerana ingin mengejutkan peminat ketika TLOU Part II dilancarkan secara rasmi nanti.

Tapi seperti dalam video demo itu, 11 minit keseluruhan memfokuskan kepada Ellie jadi di sini kita mendapat gambaran sekuel akan memfokuskan pada kisah Ellie dan bukan Joel. Kenyataan Naughty Dog mungkin berubah kerana keadaan Joel masih belum diceritakan oleh mereka.

Apa yang pasti, kita hanya perlu menunggu dan malangnya Naughty Dog belum mendedahkan tarikh rasmi pelancaran The Last of Us Part II eksklusif di PlayStation 4.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+