Valve akan sertai E3 2021, kali pertama sejak 2012

Valve setelah hampir sembilan tahun Valve tidak menyertai E3, tahun ini umum bakal menyertai The PC Gaming Show di konvensyen E3 2021

Banyak khabar angin yang mengatakan Valve akan menyampaikan beberapa pengumuman mengenai Steam Fest. Setakat ini masih belum ada apa-apa maklumat. Hanya spekulasi dari PC Gamer.

Valve yang jarang-jarang menyertai E3 dan pada tahun ini secara tiba-tiba menyertai E3. Nyata berita ini memang mengejutkan semua orang.

Apa yang kita boleh jangka dari Valve di E 2021?

Stream Next Fest yang merupakan sambutan untuk menyambut permainan video baru yang bakal datang. Anda boleh bermain permainan video baru, melihat acara siaran langsung dari pembangun dan juga bersembang mengenai permainan video baru yang masih dalam fasa baru.

Kedua, ada khabar angin tentang Valve dan Xbox bakal menjadi rakan kongsi. Mungkin kita akan mendapat berita tentang kerjasama Microsoft dan Valve?

Ketiga, berita mengenai “SteamPal”. SteamPal dikatakan konsol seakan Switch yang dibina oleh Valve.

Setakat ini sahaja spekulasi dan apa yang boleh dijangka dari Valve untuk E3. Mungkin ada permainan video baru dari Valve? Half Life 3 mungkin?

RELATED NEWS

+