Microsoft telah mengadakan siaran langsung Inside Xbox semalam dan salah satu trailer baharu yang ditunjukkan ialah trailer gameplay untuk Assassin’s Creed: Valhalla.
Walaupun trailer tersebut mempunyai perkataan “gameplay” dalam tajuknya, tidak begitu banyak cara permainan judul tersebut yang ditunjukkan.
Apa-apa pun, penulis yakin para peminat siri Assassin’s Creed semestinya teruja menonton trailer ini. Ia tetap menunjukkan beberapa perkara menarik seperti babak perlawanan serta penggunaan senjata hidden blade.
Assassin’s Creed: Valhalla dijadualkan untuk dilancarkan pada penghujung 2020 untuk PC, PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), Xbox One, dan Xbox Series X.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.