The Last of Us Part 1 akan hadir ke PS5, PC

Permainan video popular The Last of Us akhirnya akan hadir ke konsol generasi terkini, PlayStation 5 dan juga PC.

Dalam satu video diumumkan, The Last of Us Part 1 ini menerima remake dari segi grafik yang mana ia lebih imersif dan banyak perubahan tekstur dilakukan. 

Ini juga adalah pertama kali Naughty Dog menjadikan permainan video ini menggunakan enjin yang sama bagi cutscene dan juga gameplay. Segalanya dilihat seperti dalam real-time dan tidak diproses terlebih awal. Kesudahannya, grafik terlihat lebih menarik dan tiada perbezaan nyata antara cutscene dan gameplay.

The Last of Us Part 1 akan dilancarkan pada 2 September ini di PlayStation 5 dan versi di PC akan diumumkan kemudian.

Permainan video ini menerima banyak anugerah dalam industri permainan video.

Foto: Press Start

RELATED NEWS

+